Azmil Mustapha
Ustaz Azmil Mustapha Kamil ialah seorang bekas pelakon dan penceramah lelaki Malaysia yang pernah menjadi fenomena pada lewat tahun 1980-an di Malaysia. Bermula dengan filem yang mencecah kutipan pecah panggung iaitu filem Mekanik yang turut dibintangi legenda bola sepak tanah air iaitu Dato' Mokhtar Dahari sebagai pelakon undangan. Antara filem yang turut melonjakkan nama beliau ialah Ali Setan, Ali Setan 2 dan Suara Kekasih.
