Ikmal Amry
Mohd Zulikmal Amry Ghazali ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan peserta Hero Remaja 2017/2018. Dilahirkan di Masjid Tanah, Melaka, nama beliau mula melonjak selepas memegang watak sebagai Ray dalam Gantung The Series, sebuah drama seram bersiri 16 episod yang ditayangkan di Astro First dan Tribe Indonesia.
