
Wan Hanafi Su
Wan Hanafi Wan Su ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada era 70-an dan sepanjang kerjayanya, beliau telah berlakon dalam lebih 100 drama dan 20 filem. Drama pertama beliau berjudul Wira pada 1978 iaitu drama pertama RTM berwarna. Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.