Drishyam
Drishyam ialah filem thriler jenayah Hindi India 2015 dibintangi Ajay Devgn dan Tabu. Ia diarahkan oleh Nishikant Kamat dan diterbitkan bersama oleh Kumar Mangat Pathak, Ajit Andhare dan Abhishek Pathak. Shriya Saran, Ishita Dutta dan Mrunal Jadhav turut menjayakan filem yang merupakan pembuatan semula filem Malayalam 2013 dengan tajuk yang sama. Filem ini dikeluarkan di India pada 31 Julai 2015 dengan belanjawan ₹28 crore dan mendapat ulasan yang amat menggembirakan daripada pengkritik.