Kill Bill: Volume 2
Kill Bill:Volume 2 adalah sebuah filem seni mempertahankan diri dari Amerika Syarikat tahun 2004 ditulis dan diarahkan oleh Quentin Tarantino. Dibintangi oleh Uma Thurman sebagai Bride/ Kiddo, yang bersumpah untuk membalas dendam kepada pasukan pembunuh upahan Viper yang dibintangi oleh Lucy Liu, Michael Madsen, Daryl Hannah dan Vivica A. Fox) dan pemimpin mereka Bill selepas mereka cuba membunuhnya, suaminya serta anaknya yang masih dalam kandungan.